Thursday, April 20, 2023

Di Mana Adil Itu?

 


bila dia buat keputusan.. bukan ke berhak untuk aku tahu kenapa?
bila dia tak nak bagitahu..
tapi seolah menuduh aku dengan persoalan.. 
aku rasa aku dianiaya.. 

teringat ayat dia " dah pesan... buat hal je good bye. dah pesan banyak mata yang memandang" 
persoalannya.. hal apa yang saya buat sehingga begini teruk awak hukum saya?
setahu saya.. saya tidak curang dengan awak..
tiada lelaki lain selain awak..
dalam hati saya... bila saya pilih awak... akal, fikiral, hati, semuanya excited cuma untuk awak je. 
tak ada lelaki lain..  itu jenisss saya 

aku tertanya tanya.. ape yang disampaikan oleh mereka pada awak?
tak ada pon perbincangan yang awak cuba buat dengan saya.. 
kenapa tetiba jatuh hukuman.. 
dimana letak adil itu?
awak lebih percaya cakap orang luar berbanding cakap saya.. 
yang awak letakkan taraf saya sebagai tunangan awak.. bakal suri awak. 

kalau bercakap tentang curang.. 
sedang awak menjadi "tunangan chenta" tapi awak bermesra dengan perempuan lain di public..
tak ada yang melihat? tidak ada yang terasa ?? 
awak lagi bijak pandai kan??? 

aku kecewaaaa.. bila mana aku x diberi ruang untuk bela diri..
aku x diberi peluang untuk dengar penjelasan 
aku dihukam tanpa aku tahu kesalahan aku apa.. 
aku dihukum tanpa aku tahu tuduhan aku apa.. 
aku dihukam tanpa sebarang ruang untuk keadilan diberikan buat aku. 

sebagai seorang yang berpaksikan Agama sebagai jalan dakwahnya. 
sebagai seorang yang memperjuangkan agama yang benar
sebagai seorang yang menitik beratkan nilai agama dalam kehidupan..
satu persoalan yang saya tujukan.. 
di mana letak adil dalam perhitungan dan mahkamah hidup awak ?
dimana letak adil ketika awak menghakimi saya. 

andai ini fitnah... saya mohon.. 
tanpa ragu... aku tusuk dan tikamlah saya.. 
biar semua mereka yang jadi dalang ini  dan awak juga bahagia. 


No comments:

Post a Comment