semalam.. selepas seminggu lebih dia jadi mamat ketul ais batu..
hilang kelembutan dia...
hilang hangatt dalam bahasa dia
hilang rasa kasih dalam ayat ayat dia..
he just drop the dead bomb to me
aku faham.. soal hati, soal perasaan kita tak mampu kawal.
dan aku juga faham.. dalam perhubungan perlukan perjuangan.
juga pengorbanan..
tapi.. aku rasa aku ada hak untuk tahu .. kenapa keputusan itu yang dia buat?
tetiba dia balass cenggini
"xpelah.. sy xnk bukak aib sapa2. sapa pun salah ke saya dah tak nak fikirsaya tak salahkan awak. awak buatlah apa yang awak suka"
bila aku baca mesej yang ini.. makin terpinga pinga aku..
aib??? aib apa yang sedang dia katakan.
salah ? salah apa yang dia maksudkan..
kalau benarrr... terangkan pada aku..
jangan biarkan aku hanyut dengan persoalan yang aku x mengerti akan jawapan dan hala tuju soalannya.
bila aku minta diberi masa. dan untuk dia pertimbangkan..
dia balasss " xnak. dah pesan dah. buat hal je good bye. dan dah cakap ramai je mata memandang. so pergi. saya dah x bole teruskan "
ketika ini... jujur aku katakan.. aku kecewa
hal apa yang aku buat?? aku rasa.. aku xada buat ape2 yang dia x suka
dah pernah kena warning.. takkan aku sengaja nak buat hal..
lagi pula aku memang serious dengan perasaan aku..
aku serious dengan harapan yang dia beri pada aku.
tak ada sekelumit zarah yang aku terdetik nak curang pada dia..
kerana aku sendiri pasang impian masa depan dengan dia.
dan... dia masih hanging soalan aku.
hilang..
No comments:
Post a Comment