Saturday, July 2, 2022

Resipi Churros

 

 

Churros

Bahan-bahan
  •  Air 2 1/2 cwn 
  • Butter 2 sudu besar 
  • Gula 2 sudu besar 
  • Secubit garam 
  • Tepung gandum 2 cawan 
  •  Telur 2 biji 
  • Esen vanila 1 sudu teh 

Kaedah 
  1. Mula-mula tambahkan air, butter, garam dan gula didalam kuali hingga mengelegak. 
  2. Kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau segera hingga ia menjadi gumpalan doh. Pastikan bahagian bawah kuali mempunyai satu lapisan nipis. Tutup api dan alihkan kedalam mangkuk mesin pengadun. 
  3. Tunggu sejuk sebentar kemudian nyalakan mesin pada kelajuan yang rendah. 
  4. Pecahkan telur didalam mangkuk berasingan. Pukul kedua biji telur agar ia sebati. Masukkan telur kedalam mesin pengadun yang telah dinyalakan tadi sedikit demi sedikit. 
  5. Pukul telur dengan adunan doh tadi hingga ia sebati dan menjadi berlipat-lipat. 

Untuk penyediaan churros 
  1. Masukkan adunan kedalam beg piping. 
  2. Tambahkan minyak didalam kuali dan nyalakan api. Tunggu minyak panas dan taipkan adunan yang telah diketak didalam beg piping tadi. 
  3. Paip pendek-pendek sahaja,gunting jika ia terlalu panjang. Angkat dan churros sedia dinikmati bersama coklat ganache atau taburan gula sahaja juga sedap. Siap.


No comments:

Post a Comment