Kek Marble Kampung
Bahan kering
- 3 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1 1/2cwn gula pasir
- 1 1/2cwn majerin/planta
- 6 biji telor
- 1sudu esen vanila.
- ¼ cawan susu cair/segar
Untuk marble.
- 1 sudu besar serbuk koko.
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit. Sediakan loyang saiz 8”.
- Mula-mula pukulkan gula bersama marjerin/planta hingga putih/pucat
- Masukkan telur satu persatu, pastikan ia sebati sebelum menambah telur yang lain.
- Akhir sekali masukkan susu dan tepung secara berselang seli.
- Apabila semua bahan telah sebati. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko.
- Masukkan adunan vanila kedalam loyang dahulu dan kemudian masukkan adunan coklat dan tompok-tompokkan keatas adunan kek vanila tadi. Dengan menggunakan lidi corak-corakkan kek seperti marble.
- Bakar selama 40 minit sehingga kek masak, uji dengan lidi untuk memastikan kek masak dengan betul. Sejukkan kek diatas redai sebelum dihidangkan
No comments:
Post a Comment