Sunday, July 24, 2022

Restoran Satria Resto, Jogjakatra

 

Satria Resto
 


Kalau nak makan tengahari, penulis mencadangkan anda mencuba di Restoran Satria Resto yang berada berhampiran dengan Plaosan Temple. Pelbagai hidangan masakan panas disediakan buat para pelanggan yang datang.Anda boleh mencuba menu seperti ikan masam manis, sup sayur, kangkung seafood, teh tawar, jus tembikai dan banyak lagi. 

Restoran ini agak menarik dari segi dekorasinya. Ia mempunyai gazebo serta mempunyai pemandangan menarik kerana berlatar belakangkan sawah padi.Harga makanan di sini agak boleh tahan, namun hidangannya sememangnya enak dan tidak mengecewakan. Restoran ini turut mengenakan service charge ke atas bil pelanggan. 


 Lokasi : Jl Proliman Tulung, Tamanmartani, Kalasan, Sleman Yogyakarta 55571, Indonesia 
 Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari


No comments:

Post a Comment