Sate Klathak Pak Pong |
Semasa berada jauh dari ibu negara tercinta, pastinya anda merindui makanan yang sering dinikmati di Malaysia. Apatah lagi hidangan ringkas dan enak seperti sate. Yogyakarta juga terkenal dengan hidangan sate yang begitu enak, lembut dan menyelerakan. Bagi penggemar sate, anda boleh mencuba hidangan ini di Sate Klathak Pak Pong yang terletak di bahagian selatan Yogyakarta.
Bunyi sate ini agak pelik tetapi bezanya hanyalah cara penyediaannya yang menggunakan lidi besi untuk mencucuk sate. Penggunaan lidi besi ini supaya daging sate yang tidak terbakar dengan bara api akan masak dengan sendirinya kerana besi panas tersebut akan memasak daging sate. Besi merupakan konduktor panas.
Selain sate, anda juga mencuba pelbagai hidangan berasaskan daging kambing seperti gulai kambing, bakar dan banyak lagi.
Lokasi : Jalan Imogiri Timur, Wonokromo Pleret, Bantul
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam
No comments:
Post a Comment