Serama Adventure Park
Terletak di Alor Gajah, Serama Adventure Park adalah sebuah taman yang luas, padat dengan pelbagai kemudahan permainan outdoor yang lasak dan sesuai untuk seisi keluarga.
Antara aktiviti mencabar yang boleh dilakukan di sini adalah flying fox, boat ride, ATV (in house / off road), Tarzan Swing, wall climbing, abseiling, mountain bike dan banyak lagi. Untuk aktiviti yang lebih santai, di Serama Adventure Park juga anda boleh menunggang kuda, berkhemah, bermain permainan papan dan sebagainya.
Banyak sekali aktiviti yang ditawarkan di dalam adventure park yang dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi ini, pasti tak cukup sehari untuk mencuba segalanya.
Kalau anda bercadang untuk meluangkan beberapa malam di sini, Serama Adventure Park turut menawarkan pelbagai jenis penginapan yang selesa seperti khemah dome, pondok di atas pokok, khemah di atas rakit, rumah kayu yang lengkap dengan penyejuk udara, glamping dan dorm kabin.
Alamat: Lot 2727&2729, Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal, 76100 Alor Gajah, Melaka
Rabu – Ahad (11am – 6pm)
Isnin – Selasa (Tutup)
No comments:
Post a Comment