Ayam Percik
Bahan utama
- Ayam saiz kecil dipotong 4, bersih dan kelarkan ia, ketepikan.
- Sebiji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 2 sudu cili kisar
- 1 cawan santan pekat
- Garam,
- gula merah dan
- serbuk perasa secukup rasa.
Bahan lain
- 1 batang serai yang ditumbuk pecah.
- 1 keping asam keping saiz kecil
Kaedah
- Bersihkan ayam dan perasakan dengan garam dan kunyit, gril didalam pemanggang ajaib hingga masak,ketepikan.
- Sementara itu panaskan sedikit minyak tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.
- Tunggu sehingga naik bau, dan masukkan santan,asam keping,serai,garam, gula dan serbuk perasa.
- Tunggu sehingga kuah menjadi pekat dan naik minyak.
- Akhir sekali masukkan ayam yang telah digrill tadi. Biarkan seketika sehingga ayam meresapi kuah percik tadi. Siap untuk dihidangkan .
No comments:
Post a Comment