Sunday, July 31, 2022

Hang Tuah Centre, Melaka

 

 

Hang Tuah Centre

“Tak Melayu hilang di dunia!” Pernah dengar? Kata-kata ini keluar dari mulut pahlawan yang terulung di Nusantara, Hang Tuah. 

 Ingin tahu lebih mendalam tentang Hang Tuah? Anda boleh menuju ke Hang Tuah Centre, yang merupakan sebuah galeri di mana anda dapat mendalami kehidupan dan ketokohan Hang Tuah. Bukan itu sahaja, di dalam kompleks Hang Tuah Centre ini juga anda boleh melihat 5 buah rumah pahlawan terkenal Melaka iaitu 
  • Rumah Hang Tuah sendiri (dijadikan pejabat pentadbiran Hang Tuah Centre), 
  • Rumah Hang Jebat (dijadikan tempat pameran keris), 
  • Rumah Hang Kasturi (pameran pakaian tradisional), 
  • Rumah Hang Lekiu (Akademi Perantara) dan 
  • Rumah Hang Lekir (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka). 

Di setiap rumah pahlawan ini juga lengkap dengan gelanggang silat.



Alamat: Kampung Jambatan Duyong, 75460, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3


No comments:

Post a Comment