Restoran Sambal Hijau |
Pernah mendapat liputan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan sehingga diserbu lebih daripada 2000 orang setiap hari, Restoran Sambal Hijau adalah destinasi menjamu selera yang mesti anda singgah sekiranya ingin melihat pilihan masakan kampung Melayu dan Minang yang banyaknya sehingga mencecah 80 jenis lauk-pauk, ulam-ulaman, sayuran, kuih dan pencuci mulut setiap hari.
Antara menu wajib cuba sekiranya anda berpeluang untuk ke sini adalah gulai tanjung ikan bakar, patin tempoyak, sup ekor dan sebagainya. Percayalah, masuk sahaja ke dalam kedai ini, boleh kecur air liur tanpa anda sedar, aroma masakannya cukup menggambarkan keenakan yang bakal menerjah deria rasa.Yang menjadikan restoran ini hangat sebagai pilihan ramai adalah kerana ianya menghidangkan lauk-pauk yang sentiasa panas dan segar dari dapur tak kiralah bila pun ada datang, dan semestinya segalanya dimasak secukup rasa.
Bagi anda yang bercadang untuk datang beramai-ramai, tempat meletak keretanya cukup luas, tak perlulah anda risau. Ingin lebih selesa? Waktu terbaik untuk anda datang adalah dalam sekitar 10.30 pagi ke 12 tengahari. Kebiasaannya kedai akan mula sesak dengan orang ramai selepas pukul 12.
Rancang perjalanan anda untuk mengelakkan masakan mencari meja kosong.
Berkaitan dengan lokasinya, restoran ini terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, memudahkan anda yang ingin menunaikan solat sebaik masuk waktu tanpa perlu terkejar-kejar.
2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment