Saturday, May 7, 2022

Resipi Sosej Sambal Merah

 


Sosej Sambal Merah


BAHAN-BAHAN: 
  •  9 batang sosej ayam 
  • 2 sudu makan mentega
  •  5 sudu makan sos cili 
  • 4 sudu makan sos tomato
  •  ½ sudu makan sos tiram 
  • 1 biji bawang besar | hiris tebal 
  • 1 ulas bawang putih | ketuk 
  • 1 batang serai | titik
  •  1 biji cili merah | hiris 

 CARA MEMASAK: 
  1.  Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2inci. 
  2. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai, masak sehingga sosej tu kembang.
  3.  Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga pekat dan matikan api.
  4.  Sedia dihidangkan. 

 Info chef: Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada sos.


No comments:

Post a Comment