Lunaskan Hutang
Terdapat dua kaedah mudah untuk menguruskan hutang anda, iaitu ‘avalanche’ dan ‘snowball’.
Teknik Avalanche
Kaedah ini tertumpu kepada pembayaran hutang dengan kadar faedah tertinggi terlebih dahulu dan pembayaran minimum untuk pinjaman lain. Seterusnya, fokus bayar hutang dengan kadar faedah kedua tertinggi. Ulang keseluruhan proses sehingga anda berjaya melunaskan semua hutang. Kaedah ini akan menguntungkan anda dengan mengurangkan jumlah faedah yang dibayar dan tempoh pembayaran balik.
Teknik Snowball
Kaedah ini fokus kepada membuat pembayaran yang besar untuk pinjaman dengan baki tunggakan terendah, kemudian membuat pembayaran minimum untuk selebihnya. Ini membolehkan hutang terendah dilunaskan terlebih dahulu sebelum beralih kepada yang lain. Pendekatan ini juga membuatkan anda lebih ke hadapan yang bertindak sebagai motivasi untuk terus menyelesaikan baki hutang.
Bayangkan ini adalah hutang semasa anda;
Kad kredit sebanyak RM7,000 pada 16% setahun
Pinjaman kereta sebanyak RM12,000 pada kadar 3.5% setahun
Pinjaman pelajar sebanyak RM6,000 pada kadar 1% setahun
Dengan menggunakan kaedah avalanche hutang, anda akan melunaskan hutang kad kredit terlebih dahulu. Anda akan membayar faedah keseluruhan sebanyak RM2955.61 dan bebas hutang 31 bulan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah biasa.
Kaedah snowball hutang pula, anda akan membayar faedah keseluruhan sebanyak RM4562.11 dalam jangka masa 6 tahun.
Perbezaannya ketara mengikut kadar faedah kad kredit. Pun begitu, apa yang sesuai untuk sesetengah orang tidak semestinya berkesan untuk anda, jadi penting untuk mengetahui apa yang mendorong anda membayar hutang mengikut kemampuan.
No comments:
Post a Comment