Saturday, May 21, 2022

Resipi Cendawan & Udang Masak Butter

 

 


BAHAN-BAHAN: 
  •  300gm cendawan
  •  1 ulas bawang putih | hiris 
  • 150gm mentega 
  • 200gm udang | cuci 
  • 1 biji cili merah | hiris 
  • 1 tangkai daun bawang | hiris 
  • 1 sudu teh sos ikan 
  • 1 sudu makan bawang goreng 
  • 2 sudu makan sos tiram 

 CARA MEMASAK: 
  1.  Masukkan mentega ke dalam kuali dan masukkan bawang putih serta cendawan.
  2.  Kacau hingga sedikit masak, kemudian masukkan udang. Gaul sekata. 
  3. Masukkan hirisan daun bawang dan cili merah serta sos tiram dan sos ikan secukupnya. Kacau sekata. 
  4. Angkat, hiasi dengan hirisan lemon dan sedia dinikmati. 

 Info chef: Boleh tambah potongan cili padi jika mahu rasa lebih pedas menyengat.


No comments:

Post a Comment