Sunday, May 8, 2022

[Foodie] Jibril SS15, Subang Jaya

 


Jika anda peminat Harry Potter, tentu anda pernah dengar tentang sejenis minuman yang dipanggil butterbeer, bukan? Bagaimana kalau kami katakan bahawa kini, anda boleh mencuba sendiri minuman ini, di Kuala Lumpur sahaja? Fantastic! Datanglah ke restoran JIBRIL Publika. 

 JIBRIL merupakan sebuah restoran berkonsep speakeasy bar ala zaman 20-an yang mula bertapak di Subang Jaya (JIBRIL SS15) di samping cawangan lainnya di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi (JIBRIL Bangi). Mereka menawarkan minuman mocktails tersendiri yang unik dan tidak boleh didapati di tempat lain. 

JIBRIL juga menawarkan variasi makanan yang cukup luas. Namun, mereka mengetengahkan makanan butter-based atau bersos mentega telur masin. Pasti ramai yang sukakan hidangan ini kan? Di sini mereka sediakan Salted egg butter chicken, squid, prawn, fish, clams dan LOBSTER sama ada dinikmati dengan nasi putih mahupun nasi lemak. Selain itu, anda juga perlu mencuba Salted Egg Croissant mereka. Roti croissant berintikan sos salted egg butter, memang sedap sehingga menjilat jari! Datang dan cuba sendiri untuk benar-benar percaya.


No comments:

Post a Comment