Monday, May 9, 2022

Formula Pengurusan Kewangan

 

 

Formula Pengurusan Kewangan

 Buat anggaran belanjawan berdasarkan formula pengurusan kewangan yang mudah untuk diikuti. Contohnya, formula rule 50/30/20. Bahagikan pendapatan kepada tiga kategori – 
  • 50% untuk keperluan dan mustahak,
  •  30% untuk kehendak, dan
  •  20% untuk simpanan atau bayaran hutang. 

Peruntukkan separuh daripada pendapatan untuk keperluan asas seperti makanan, bil utiliti, penyelenggaraan rumah dan lain-lain, manakala 30% pendapatan boleh digunakan untuk berbelanja seperti hiburan, percutian dan sebagainya. 20% lagi jadikan sebagai simpanan, boleh juga gunakan untuk pelaburan serta dana untuk kecemasan. 


Penting untuk anda mempunyai simpanan dan pengurusan kewangan peribadi yang bijak, namun jangan dilupa tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Sebagai anak, duit ibu bapa juga salah satu komitmen yang anda kena masukkan dalam pelan belanjawan anda. Macam orang selalu cakap ciri ciri lelaki idaman wanita bukan sahaja bijak dalam cara pengurusan kewangan peribadi tapi tak lupa dengan tanggungjawab mereka sebagai anak.


No comments:

Post a Comment