Wednesday, January 4, 2023

Drama Kekasih Paksa Rela (2017)

 

 

Kekasih Paksa Rela 

Mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) yang bernikah selepas mereka tamat belajar. Perkahwinan mereka ditentang keras oleh bapa Adham iaitu Datuk Azman (Jalaluddin Hassan). Adham cuba memulihkan hubungan Rosnaida dengan bapanya, tapi Rosnaida ada sikap keras kepala dan berputus asa sehinggalah dia buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, kononnya tak tahan dengan sikap mentuanya yang menghalangnya daripada keluar. 

 Selepas tiga tahun Rosnaida tidak pulang ke tanah air, Adham terserempak dengan Hanan Khaira (Intan Najuwa) yang masih melanjutkan pelajaran, tapi terpaksa menjaga bapanya yang sakit. Disebabkan ibunya, Suraya (Emelda Rosmila) menjalinkan hubungan sulit dengan Yusman (Fizz Fairuz), Hanan telah dipulaukan oleh keluarga dan jiran. Selepas bapa kandung Hanan meninggal dunia akibat kanser, Yusman akhirnya berkahwin dengan Suraya tetapi sebaliknya dia juga mempunyai niat jahat yang dihidu oleh Hanan. Bahkan, bapa tirinya sering menghabiskan wang isterinya untuk berjudi dan mempunyai hutang ah long. 

Yusman juga mencuba untuk membuat perkara buruk kepada Hanan serta menghasut ibunya supaya membenci dan tidak mempercayai Hanan. Bila Adham mendapat tahu situasi tersebut, dia juga ikhlas untuk membantunya supaya bapa tirinya tidak lagi mengganggu Hanan. Adham menawarkan sejumlah wang kepada Suraya dan Yusman kononnya mahu mengambil Hanan bekerja. Akhirnya, Hanan dijaga dengan baik dan meneruskan pelajarannya. Bagaimanapun, bagi mengelak fitnah, Hanan terpaksa bernikah dengan Adham semasa ketiadaan Rosnaida. Lagipun, mereka mendapat tahu bahawa Yusman mahu menjual Hanan kepada bapa ayam, malah telah mencuba untuk mendapatkan Hanan semula bagi melangsaikan hutangnya tetapi dihalang oleh Adham serta rakannya, Firdhaus (Afzan A. Rahman), yang melindungi Hanan setiap masa kerana perbuatan jahat Yusman kepada Hanan. 

Selepas bernikah, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia bernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya. Pada masa yang sama, Adham dalam diam juga mula menyukai Hanan dan menyulam bait-bait cinta kepadanya untuk melupakan segala peristiwa silamnya tetapi kadangkala sering berdepan dengan konflik dan pertelingkahan dalam kehidupan seharian antara Hanan dan Adham. 

Malah, Shiqin (Dayang Areeda), merupakan kawan rapat kepada Adham dan Rosnaida, juga menyukai Adham semasa belajar dan teringin untuk memilikinya tetapi tidak diendahkan oleh Adham. Sebaliknya, Shiqin juga berniat buruk untuk menghancurkan kebahagiaan Adham bersama Hanan dan Rosnaida. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi menjaga perasaan Rosnaida? Dan mampukah mereka bagi meneruskan kehidupan mereka walaupun terpaksa berpoligami?


No comments:

Post a Comment