Wednesday, January 11, 2023

Drama Jika Masih Ada Rindu (2018)

 

 

Jika Masih Ada Rindu 

Mengisahkan Hisham (Kamal Adli) yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida (Siti Saleha). Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina (Ku Zara Eryna) dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. 

Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida.

 Datin Embun (Fazlina Ahmad Daud), ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham. Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?


No comments:

Post a Comment