Sunday, January 8, 2023

Gua Kelam, Perlis

 

 

Gua Kelam

Bagi mereka yang inginkan aktiviti yang lebih mendekatkan diri kepada alam semulajadi, salah satu tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati ialah di Gua Kelam yang merupakan sebuah gua batu kapur dan juga merupakan sebahagian daripada pembentukan Banjaran Nakawan. Lokasinya pula hanya 30 minit dari Bandar Kangar. 

Di pintu masuk Gua Kelam ini anda boleh melihat tangga-tangga dan laluan (Cave Walk) yang telah dibina untuk masuk ke dalam gua dan siap dengan kemudahan lampu bagi menerangi kegelapan gua. Memandangkan dahulunya gua ini merupakan tempat lombong timah, anda juga boleh melihat koleksi barangan bersejarah yang bersangkut paut dengan industri pelombongan bijih timah. Untuk menerokai Gua Kelam, pengunjung tidak perlu bersusah payah meredah hutan seperti ke Gua Wang Burma. 

Lokasinya pintu muka guanya sangat dekat dengan kawasan parkir kereta. Sesuai untuk anda datang lawati baik secara berkeluarga atau bersama rombongan pelajar sekolah untuk lebih mendekati keindahan gua batu kapur di sini.



Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis 
Isnin-Jumaat 8.00 am – 5.00 pm 
Sabtu, Ahad & Cuti Umum 8.00 am – 6.00 pm
Bayaran Masuk Gua Kelam Perlis  Dewasa: RM 1.00 Kanak-kanak ( 4-12 tahun): RM 0.50



No comments:

Post a Comment