Arked Niaga Padang Besar
Padang Besar iaitu sebuah pekan yang bersempadan dengan Songkla, mempunyai satu tarikan paling popular di Perlis untuk tujuan aktiviti membeli belah. Lokasinya hanya lebih kurang 30-40 minit memandu dari Bandar Kangar.
Di Padang Besar terletaknya sebuah kompleks bangunan yang dipanggil Arked Niaga yang menempatkan ratusan shop lot dan gerai/bazar yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga yang berpatutan. Sudah tentulah murah harganya memandangkan ianya terletak di kawasan bebas cukai.
Antara jenis produk menarik yang boleh pelancong beli di ruangan Arked Niaga untuk dijadikan ole-ole adalah pakaian/fabrik, kraftangan, periuk belanga, bunga-bunga yang diimport dari Thailand, buah-buahan import dan sebagainya. Rata-rata peniaga di sini adalah dari Malaysia dan ada juga segelintir dari Thailand.
Di luar kompleks Arked Niaga ini juga, ada menempatkan ruangan gerai yang lebih kepada bahagian untuk memburu makanan-makanan santai yang popular di Perlis seperti pulut ayam, somtam, tom yam kelapa, laksa, cendol & macam-macam lagi.
Arked Niaga Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis
8.00 am – 10.30 pm (setiap hari)
No comments:
Post a Comment