Tuesday, March 28, 2023

[Novel] Cinta Ada Disini - Sha Ibrahim

 

 

Cinta Ada Disini

Kepulangannya ke pangkuan daddy dan abang-abangnya setelah 10 tahun terpisah membuatkan perasaannya tidak menentu. Kerana amanat yang ditinggalkan oleh arwah mummynya menyebabkan dia terpaksa menagih semula kasih yang telah lama tidak disemai. 

 Edlynn Jasmin, namanya cukup indah bersesuaian dengan wajahnya yang begitu jelita. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Cina dan sentiasa kelihatan 'stylo' kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Seorang gadis yang begitu obses dengan fesyen dan dunia tarian. Namun segala-galanya harus dilupakan setelah dia menjejakkan kaki ke villa mewah milik daddynya. Dia harus mengubah penampilan yang selama ini menjadi darah dagingnya. Semuanya gara-gara dia ingin menjadi individu yang berbeza. Tujuannya ke villa itu hanya satu. Ingin menagih semula kasih yang sudah lama dia dambakan.

 Di villa mewah itu, misinya bermula. Dia cuba menagih semula kasih sayang dari daddy serta dua orang abangnya. Namun apa yang diharapkan tidaklah seindah seperti apa yang dia bayangkan. Kehadirannya di situ seakan-akan tidak diperlukan. Malah kewujudannya seperti langsung tidak diendahkan. Jelas dia memang dipulaukan oleh keluarga kandung sendiri. 

 "EJ? Siapa EJ? Adik bongsu kesayangan? Wait...wait...Adam, kita ada adik ke?" - ASYRAFF 
 "Macam ni sajalah, aku tak tahu kenapa daddy suruh kau datang sini, tapi apa yang aku tahu, aku dengan Asyraff tak pernah ada adik, kami tak pernah ada adik yang namanya apa tadi...Yes! Edlynn, nama dah moden tapi orangnya tak adalah moden mana pun," – ADAM

 Lama-kelamaan hati Edlynn mula berbelah-bahagi. Dia mula goyah. Amanat mummnynya sedikit demi sedikit semakin dia dilupakan. Buat apa dia mengejar pada yang tidak sudi? Kenapa pula dia harus berubah semata-mata untuk insan yang langsung tidak menghargai dirinya? Sudah tiba masanya untuk dia tunjuk siapa dirinya yang sebenar. Biar semua terkejut. Biar semua makan hati. Dia bukan gadis lemah yang hanya mampu menelan apa saja perkara yang menghiris perasaannya. 

 “I know mummy...Jasmin tahu kalau mummy ada...mummy mesti marah dengan apa yang Jasmin buat sekarang ni. Tapi mummy tak ada. Buat apa Jasmin nak jaga hati mereka yang langsung tak ambil berat pada Jasmin. Kan best kalau mummy masih ada, dah tentu telinga Jasmin dah kena pulas sekarang ni. Dah tentu pipi Jasmin dah merah kena cubit kan?”- EDLYNN JASMIN

 Mampukah Edlynn untuk berada di dalam villa itu? Apakah rahsia sebenar yang menyebabkan daddy dan mummynya terpisah? Adakah Maria mampu menjadi sebahagian daripada hidupnya walaupun dengan jelas wanita itu sangat membenci dirinya? Semuanya akan terjawab dalam 'CINTA ADA DI SINI'. 

 “Selagi ia wujud dalam hati… selagi itulah rindu akan terus bersemi.”


[Scent] Creed - Green Irish Tweed

 

 

#Scent
( Creed - Green Irish Tweed )



  • Green Irish Tweed by Creed is a Woody Floral Musk fragrance for men. 
  • Green Irish Tweed was launched in 1985. 
  • Green Irish Tweed was created by Olivier Creed and Pierre Bourdon. 
  • Top notes are Lemon Verbena and Iris; 
  • middle note is Violet Leaf; 
  • base notes are Ambergris and Sandalwood.


Kedekut betul dia

 

kedekut betul beliau yee

gewwraaammm je kita.. 

mana tak nyee.. 

mintak gambar dia yang xde mask tu bukan main susahh.. 

padahal amik gambarrrrrr je kot. 


dia kata nanti dia nak bagi.. 

dah masuk hari ketiga.. dia buat derkkk je. 

takut sangat laaa kita nak buat ape dengan gambar dia. 

padahal.. nak buat hilang rinduu jeee.. 


gewwwrammmm kitaaaaaaa tau tak ~!!! 




Monday, March 27, 2023

My Dream Wedding


holaaaa eberibadiiii
hari ni ada masa ni.. kita nak berangan la sekejap. 
hehehehe.. bg chance la ehhhh 



My Dream Wedding

 

kalau dulu zaman muda remaja.. 

memang macam macam la tema yang ada dalam fikiran .. 

nak garden wedding la.. 

nak princess or fairytale wedding la..

but noww.. i think the simple is the best kot.. 


1.DEWAN

so. my wedding kalau boleh nak buat kat dewan..

memang dari dulu masa plan nak kahwin dlu pon.. memang nak buat kat dewan..

tak nak buat kat rumah..

kesian mummy nanti penat nak kemas rumah banyak kali.. 

so.. kalau buat kat dewan.. at least lepas dah penat-penat tu.. dia boleh rehat je. 


2. SONGKET 

dulu.. aku tak berapa minat nak pakai songket.. 

sebab rasa macam panasss la ape la kan..

but now.. i think why nott.. once in a life time nak melarammmm sakan kan.. 

so.. i think songket is one of a thing yang kita patut cuba.. 

tengok pilihan warna baju pengantin yang daripada songket pon not bad.. 

lawa lawa jugaa.. 


3. SIMPLE BUT LOVELY 

aku dambakan semua majlis yang simple..

tapi... semuanya rasa heppy.. rasa bahagia.. 

tak terlalu berat sangat majlisnyaa..

but aku dapat vibes yang positif..

makan yang sedap.. orang yang hadir mendoakan yang baik.. 

flow of the event tu smooth.. 

good photos or videos. 


4. PRINCESS DRESS 

haaa.. yang ni teringin jugaaa.. 

sebab jarang la nak pakai princess dress ni time hari biasaaa..

so.. time hari kahwin... kitalah rajaaa.. berangannn tu opkosss seronok yee. haha

kalau dapat rasa.... sewoonokkkkkss.. 


5. WITH SOMEONE I LOVE

aku harap masa aku kahwin nanti.. 

all my friend yang i sayang semua dapat hadir..

spend time with me..

celebrate my big day with me.. 




Try to be Rainbow In Someone's Cloud

 

 





try to be rainbow in someone's cloud








Sunday, March 26, 2023

Nak Jumpa Ibu Tak?

 


assalamualaikum gaisss.
selamat pagi ahadd.. 
pepagi gini aku dh semangat nak update blog..
hahahhaa..  ni nak citer la ni.. 


biasalah.. pepagi.. mesej mesej dengan kesayangan hati hamba..
borak borak... merepek sikit sikit.. 
alaaa.. biasalah bercinta jarak jauh memang ginii... 
dalam dok borak borak... tu.. tetiba... 

"Nak jumpa ibu tak?  abang bawak jumpa.. ibu tanya.. semalam. " 
whoaaaa.. terkezutt sekejap ye aku.. rasa mcm kne electrick shock.. 
then aku jawabbb.. 

me : hah?? bila.. ibu tanya semalam? abg jawab ape?
him : lepas raya boleh?
me : insyaallah 
him : abg cakap, insyaallah lepas raya. sekarang abg blm ada masa lagi.  nak tak jmpe family abang? 
me : boleh kee... abg dah ready ke nak kenalkan?
him : dah ready lama dah.. 
him : ibu cakap, kalau ada jodoh. nak masuk hantar rombongan meminang syg tahun ni. abg cakap, insyaallah boleh. mana yang muda kita buat cepat 

aku baca.... opkosss laaa aku heepii..
hati kita rasa macam nak lompat lompat bintang tawww.. 
siapa tak suka.. when someone that u like, sincerely love you back..
then work hard to make you his.. 
and typically me.. aku memang buat perangai anak anak terlebih gula.  
aku balas laa " yehhh yeh . syg ade lakikk.. yeah yeahhh" 
dia selamba balas " hey2 sabar dulu.. blm lagi.. (with the emoji gelak besar)" 
hishhh.. potong betul laa dia.. 

then he said
" abang ikhtiar cepatkan .. nikah kita. selebihnya biarlah ALlah tentukan. abang tahut sikit bab2 mcm ni.. sebab tu abang cakap dengan ayah cepat kalau boleh. tak nak jadi apa apa lagi.. harap ni yang terakhir.. abg penat asyik tak jadi.. abg nak cepat juga kalau boleh tahun ni " 

and korang rasa ape aku jawab??? 
aku cakap laaa  " nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk " 

hahahhaa.. gatal yeeeee.. 
tapii.. x kesah la gatal ke ape... 
janjiiii dia nak kitaa.. kann. 
hahhahaa.. 

alhamdulillah.. Allah tu Maha Mendengar.. 
dan insyaallah.. kalau dia yang terbaik buat aku.. aku terima dengan seikhlasnya.. 
semoga ada pengakhiran yang bahagia, yang terbaik buat kami.. 
doakan ye guysss.. 

okk.. nk sambung lompat bintang..
hati berbunga bunga tak dapat dibendung ni.. 


Saturday, March 25, 2023

Wishlist Ramadhan

 


wishlist ramadhan kali ni .. 
ermm... basically kalau citer pasal ramadhan..
opkosss laaaaa pasal makan.. 

so.. ni target yang i nak makan masa ramadhan tahun ni. 
- bubur lambuk 
- roti john 
- murtabak. 
- kuih 
- tau fu fah 
- ayam percik 
- mangga float
- apam balik 
- beriyani 


hmm.. ape lagi ehh yang best ada masa bulan ramadhan ni.. 
nak gi cari kat bazaar laaa.. 

Resipi Udang Masak Lemak

 

Related image

Udang masak lemak


Bahan bahan: 
10-15 ekor udang
1 batang serai - ketuk
1 kotak santan pekat
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa


Bahan Tumbuk: 
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup


Cara cara: 

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat. 
  2. Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul. 
  3.  Bila mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. 
  4. Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi Choc Chip Cookis Ala Famous Amos

 

RESEPI MUDAH 4 BISKUT COKLAT CHIP TANPA TELUR

Choc Chip Cookies ala Famous Amous


Bahan A:

  •  250 gram marjerin  
  • 1 1/4 cawan brown sugar 
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • 1 biji telur 

Bahan B

  •  2 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan tepung jagung 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  •  6 sudu besar minyak 
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)


Cara- Cara : 

  1. Kacau rata semua bahan A
  2. Masukkan bahan B kecuali cip coklat. Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. 
  3. Sejukkan Adunan  ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam. 
  4. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang. 
  5. Masukkan Dalam Oven Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.


Friday, March 24, 2023

💜🦋 Catch Ya~!! 💜🦋

 

"Catch him "

haaa.. nak sambung cerita nii.. 

kalau post lepas lepas aku dah citer pasal awal perkenalan dan juga "Bondee" 

so.. mulalah perkenalan kami.. 

nak kata rapat sangat pon tak.. sebab mamat tu acah acah bizi.. 

huhuu.. so kenkadang laaa dia reply.. 


until one day.. dia ade event kat area KL.. and dia ade mesej kat bondee ajak aku datang..

ye laaa.. dia cakap dia selalu datang KL kan.. aku ajak la jmpe kalau dia datang tu kan..

dia dah bagi tarikh.. and katanya kat area Stadium Shah Alam.. 

dekat je dengan rumah.. opkos tak keberatan.. 

tapi.. kalau ikutkan masa tu aku keje.. 

so.. bagitau dia.. insyaallah je la.. 


disebabkan event dia hari sabtu.. 

dia datang KL hari jumaat.. sempat laaa dia rilex and jalan jalan area sini kan..

ye la.. event pon start awal pagi.. better sampai awal.. boleh rehat rehat. 

then.. jumaat tu ada la main reply reply dengan dia..

dia bagitau dia lepak kat Tapak Seksyen 9, Shah Alam.

and masa dia bagitau tu.. aku masih dalam kete.. ondaway balik rumah..

tengah hadap jem..


and masa dia ajak tu.. tau je.. dia ajak ajak ciken..

sebab.. dia macam tak bagi spesifikkk.. 

but since dekat je dengan rumah.. aku pon datang..

tapi.. hahahahah.. dia x tengok fon masa aku mesej tu..

salah aku ke?? nasebb ahh


since dia x tengok fon.. aku pon buat xtau laa dengan dia.

walaupon mata melilau juga laaa scan mana satu dia. 

sambil mata mata scan nak beli jajan apeee.. hehehe..

makannn opkosss takkan lupa. 


thennn.. dalam mata melilauu.. 

ehhh... tu macam diaaa je..

xpe laa.. sekodeng sekejap dari jauhh.. 

hehehehe.. 

tak tegur pon... sebab kitorang saling tak kenal kann..

kang aku tegur.. dia buat buat takk.. maluuuu laa.

lagipon masa tu dia beramai ramai.. penuh geng bezza dia.. 

segann kita..


jadi ape kita buat.. i text him.. 

"i think i catch you "

dan sambung lepak makannnn sampai habis 

since dia x balassss... .. kita balik.. 


ermmm.. korang rasa dia macam mana???

hahhahahaha.. nanti laaaa aku smabung cerita..

sabarrr okeyyyy



Untuk Kamu.


Assalamualaikum abang.. 
heee.. saja tulis surat cinta ni buat abang..
tetiba rasa gedik dan genit lakk.. haha

terima kasih kerana sudi terima saya dalam hidup abang.. 
terima kasih sebab sudi buka hati abang untuk letakkan nama saya kat sana. 
walaupon baru jeeee kenal dengan abang.. 
alhamdulillah... saya bahagia. saya gembira
saya harap abang pon ada.. 

saya harap abang masih kekal sabar dengan perangai luar dugaan saya
saya harap abang masih boleh sabar dengan kedegilan saya
saya harap abang mampu tersenyum dengan dengan
saya harap abang jadi tenang bila dengan saya. 

terlalu banyak harapan dan impian yang mula saya bayangkan saat bersama dengan abang. 
yang saya harap Allah dengar dan makbulkannya untuk saya kelak.. Insyaallah. 

akhir kata... 
jaga diri abg bebaik kat sana.. 
jaga niat... 

Bidadari Duniamu, 
Chenta 



Thursday, March 23, 2023

Belom Raya Dah Dapat Kuih Raya

kawan datan smlm.. 
si Jujen kesayangan beta. 

dia singgah bagi hadih besday. 
siap bagi tart cadbury. 


belom raya... 
tapi dah dapat kuih raya. 
rasanya macam akan hilang sebelum raya. 



macehh jenn.. 
muchh lebb lebbiuu. 




 

dapat hadiah besday

 

yeahh.. dapat hadiah besday. 
wlaaupon sebenarnya besday tu dah lama. 
tapi sebab membe tu baru je ada masa nak datang bagi hadiah.. 

orang memberi kan.. 
opkossss la amik punyaaa.. 
kompomm tak tolakk. 



 

Salam Ramadhan

 

just a quick post..
nak wish semua yang beragama Islam.. 
Selamat Menyambut Ramadhan 







Wednesday, March 22, 2023

Dia Beli Kereta Baru !!!!!!

 feninn.. aku feninnnn

dia ni laaaaa.. ermm.,. geram jee. 

 

hari tu dia cakap dia berkenan dengan satu model kete honda ni.. 
lawa katanyaa.. for me.. xtau.. 
sebab aku x minat kete sangat. 
tau guna jeee.. hehehe

then... dia tetiba kelmarin pergi bank.. 
xtau la ape urusan dia.
then kelmarin dia upload tunjuk kete toyota vios 2023 ni.
cantik la juga model dia..

dia memula cakap.. tengok tengok je..
aku pon.. okey la..
tetiba.. semalam dia cakap.. kete dapat dahh
aku terpegun sekejap
lajuuuuuuuuu pulak dia

pastuuu.. cepat ehh dia buat keje..
tak sempat aku nak bunyi apeee tetiba dah dapat
bila aku cakap kat dia.. 
dia balas gini je.. 
"tak ape la sayang.. kan dah selamat beli dah.. " 
ehhh geramm la aku dengarrrr. 

jaga awakkk..
saya ikat awak kat pokok pisang jiran sebelah rumah nanti baru tau.. 
gerammm betul akuuu. 


Tuesday, March 21, 2023

[Novel] Anak Cikgu Sebelah Rumah - Sha Ibrahim

 

 

Anak Cikgu Sebelah Rumah - Sha Ibrahim

Farah pernah buat kerja gila. Masuk meminang anak cikgu sendiri; merangkap jiran sebelah rumah. Lebih memalukan, pinangannya ditolak dan dia pula membawa diri ke Auckland selama empat tahun.

Balik semula ke Malaysia, Farah sekali lagi buat kerja gila. Kali ini, dia bersetuju untuk menjadi menantu bekas cikgunya itu. Kalau dulu, yang dia gilakan sangat adalah si abang. Namun, yang dia nak kahwin kali ini adalah dengan si adik, merangkap musuh sepanjang zaman. Entah ‘ubat pengasih’ apa yang dihembus Hairi. Perasaan dia terhadap lelaki itu berubah mendadak. Perasaan benci bertukar sayang. Dan perasaan meluat yang dirasakan setiap kali memandang seraut wajah itu, bertukar menjadi suka. Malah, dia mula kenal erti rindu. 

 "Aku tak tahulah apa yang kau dah mandremkan aku. Ayat pengasih apa yang kau dah tiup kat aku? Apa yang aku tahu, perasaan aku pada kau dah berubah. Kalau Tuhan dah tetapkan yang aku ni bakal isteri kau, insya-Allah aku akan terima dan cuba yang terbaik." – Farah 
 "Insya-Allah. Kita sama-sama cuba yang terbaik." – Hairi 

 Itu sebelum kahwin. Selepas kahwin, lain pula jadinya. Hairi tiba-tiba berubah. Perubahan mendadak yang menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam benak Farah. Dia ada buat silapkah? Dia ada buat Hairi marahkah? Rasanya, mereka berkahwin atas kerelaan masing-masing. Namun, mengapa sekarang mereka seperti kena kahwin paksa. Diakah yang terpaksa? Ataupun Hairi yang sebenarnya dipaksa? Entahlah. Dia sendiri pun keliru. Dan disebabkan itu, Farah terus-menerus buat kerja gila. Lebih parah, kali ini Hairi turut diheret sama! 

 “Apa kata kalau kita hidup macam dulu-dulu. Macam sebelum kahwin. Kau dengan urusan kau. Aku dengan urusan aku. Habis cerita! Apa pendapat kau?” – Farah. 
 “Kau serius ke?” – Hairi. 

 Itu sahaja pilihan yang ada; untuk memberi ruang kepada Farah memikirkan ke mana hala tuju perkahwinan mereka, serta mencari punca sebenar perubahan mendadak encik suami. Berjayakah Farah mengekalkan ikatan suci yang sudah termeterai itu? Apa punca sebenar perubahan Hairi? Berjayakah Farah dan Hairi mengecap bahagia?


[Scent] Jennifer Lopez - Promise

 

 
#Scent
( Jennifer Lopez - Promise )


  • Promise by Jennifer Lopez is a Floral Woody Musk fragrance for women. 
  • Promise was launched in 2019. 
  • Top notes are Nashi Pear, Italian Tangerine and Pink Pepper; 
  • middle notes are Honeysuckle, Orris Root and Jasmine Sambac; 
  • base notes are Cashmere Wood, Sandalwood and Crystal Amber.


Merajuk Dengan Mr Butterfly

 

guud morning eberibodii. 
hari ni nak citer sikitt .. 
pasal aku merajuk dengan Mr Butterfly. 

sebelum ni aku ade post yang aku ade cemburu pasal satu bende ni la kat Mr Butterfly.
ade ke dia pergi layan orang menggedik dengan dia..
selamba jeee dia kan.. 
yang tuu.. aku bising la kat dia.. 
pot pet pot pett aku kat dia. 


and bersambung laaaa hari kedua pagi tu..
sebab mood mcm K.O . 
so.. aku cakap kat dia.. dia kena buat sesuatu untuk banteras bende sama jadi balik.. 
dia pon okey okey.. 

petang tuuu.. dia tetiba macam cari pasal balik
dia persoalkan  why dia kena bagitau semua orang yang dia tengah bahagia.. 
while i did not ask him to do that.. 
tidaaakk ye.. 
at the end.. dia nak juga buat xtahu.. 
aku malas nk gaduh panjang.. 
so... aku buat xtau je.
opkosss degan luahan luahan aku laaa kan. 

then.. aku malas nak panjang citer. 
on the way balik tu.. aku bgta dia yang aku xde mood nak balik lagi..
macam nak merayau duluuu.. then balik
nak sejukkan mood aku.. 

and tetibaa.. he drop the bomb.. 
how??? ni aku nak citer la nii.. 
dia ngadu dia pergi rumah ibu dia.. nak minta tlg picitkan kepala dia. 
sakit kepala katanyaa.,
aku pon suruh la dia pergi check.. sebab agak kerap juga dia sakit kepala ni.. 
mana tahu ade ape2 zat yang kurang ke .. ape ke kan. 
dan dia jawab.. 
" dah jumpa dah.. doctor cakap ok je. panas kot.. stress ke"
aku pon mcm pelik.. bila lak dia pergi jmpe doktor.. so aku tanya dia.. 
dia balas " malam tadi.... pkol 2 pagi"
demmittt.. he just did it. 

hancurrrrrrr berkecaii beb hati aku... 
terus aku rasa macam aku ni x guna weii. 
aku rasa macam tak dianggap.. 
why dia nak sorok ehh dari aku?
mcm mcm bende bende jahat aku fikirrr.. 
dasar otak jahat ~!!! 

and what i did?
i stop sharing my live location during that time.
i ask few questions.
and i stop text him.
cry out loud dalam kereta .
and drive tak ada hala tuju...

sakittttt weii rasa. 
sumpahh ~!! sakit. 



Gila Kau Tak Cemburu

 Assalamualaikum.. 

hello eberibodii.. 

ari ni mood aku kelaut.. gara gara semalam kena torture emosi dengan Mr Butterfly. 

jahat betul diaaaa.. 


semuanya gara-gara dia sedap beramah mesra dengan sorang ni..

yang geram tu.. sebelum ni dh penah bagitau dengan dia..

yang aku ade rasa something not right with that girl. 

mesra dia lain macam.. risau.. 

tapi Mr Butterfly kata.. dia anggap kawan jeee.. so.. yeah


hari ni drama tu mula lagiii.. 

siap love love lagi encik Butterfly kita. 

kita membaca haruslah terbakar..

yang tambah panass.. mr Butterfly melayan lagi jugaaaa


kita pon interpremm macam tak suka,..

tapi dedua tu buat kita  ni mcm x nampakk lak..

geramm pulak hati kita.. 


last.. malam semalam... 

kita luahkaannnn semua.. 

lantak la masa tu mr Butterfly dah nk tidur ke apeee.. 

naseb dia.. sape suruh cari pasal.. 

mana boleh tahan.. 

gila kau tak cemburu.... tunang aku kot nak menggedik gedik 

love love tunang kita apehalllll. 


ok.. panasss.. 

k bye



Monday, March 20, 2023

Drama 1 Bulanan

 


pagi tadi.. masa bersiap nak pergi kerja..
macam biasa.. kita mesej mesej dengan Mr Butterfly.. 
since hari ni genap 1 tahun berhubungan... 
so.. aku saja la wish.. "Abang... Hepi 1 Month" 
tapi... mamat tuuu xpaham weii.. 
aduhhh.. camne nak terang ehhh 

Him : apa yang 1 bulan 
me : anniversary. 
Him : ape yang anniversary? xpaham 
Me : anniversary selalu dikaitkan dengan ape?
Him : Tarikh nikah... perkahwinan.. 
Me : since kita belom kahwin.. ape related 
Him : tak paham... 

and me like... OMG.. ape aku nk cakap nak kasi terang kat pakcik sorang ni.. 
feninnnn sistur nak cari ayattt.. 
bkn dia je jemm.. aku pon jemm sekali..
then aku bgtau laaaa pasal 1 month ni ape.. 
"tarikh dia buka hati abg buat sayang.. tarikh abg terima sayang.. tarikh kita together gether gini" 
dalam hati aku dh jampi kuss kuss semoga dia faham.. 

dia faham.. tapi lepas tu dia blurrrr.. 
hahhahahaa.. dasar pak lebaii ~!! 
nak tahu dia cakap ape?? 

"biasa anniversary kan untuk orang dh nikah.. dah setahun. anniversary. tp ulang tahun kita berkenalan sebulan tu.. ahh.. mcm tu laa... kne sebut perkataan anniversary eh.. macam baru je kenal.. macam baru je jumpa.. jumpa pon bru 2 kali.. cepat rupanya masa berlalu.. tak kesah laaaa anniversary ke ape ke.. so, nak buat ape ni.. pepagi ni mcm blur.. anniversary biasa orang akan ucapkan selamat anniversary pastu, kita meraikan.. kan kan kan... "

me terusss.. lantakkk mu laaa..
buat la ape yang patut.. buat la ape yang mau dibuat. 
hahahahhaaha.. 
xtau nak buat apeee .. 
kita wish jeeee.. 


💜🦋 Bondee 💜🦋

 

"Bondee" 

kalau post lepas aku dah cerita tentang awal perkenalan aku dengan Mr Butterfly ni kan. 

hari ni.. aku sambung cerita.. 


awal kenal dengan Mr Butterfly tu kat twitter.

tapi tak adalah rapat mana pon dengan dia.. 

then ade satu Apps ni masuk.. and tetiba jadi trend.

nama dia "BONDEE" 

and apps ni macam tempat kita borak borak..

sambil tu buat deco deco space kita sendiri..

bab deco tuuu la yang buat aku terumpan untuk main bendalah ni. 

and dia kena ada neighbours laaa.. baru boleh borak..

neighbours = kawan. 


and.. salah satu neighbours aku... Mr Butterfly..

coz we publicly share our bondee links..

kat situ follow and mula borak..

borak biasa biasa je.. macam kawan-kawan.. 


tapi.. BONDEE ni la permulaan borak borak teruss dengan Mr Butterfly.. 

sebab.. kat twitter tu.. takat borak kat space je.. 

reply tweet kalau ada bende je kan.. 


and kat Bondee ni Mr Butterfly ada ajak jumpa.

jumpa kat event yang dia nak join.. area KL. 

bab yang niii.. aku cerita kat next post laa. 


1 Monthsary

 


pejam celik pejam celik.. eh eh dah 1 bulan dah
tak perasannnnn masa berlalu pantas.. 
tapi... tu la dia

kalau tanya aku la kan.. 
aku rasa macam dah lamaaaaa je dengan si rama rama ni.. 
rasa macam dah lama kenal..
tapi.. bru 1 bulan rupanya kitorang together gether (ahh gedik ~!) 

alhamdulillah.. 
semakin hari semakin kenal dia.. semakin berputikkk rasa sayang dan kasih pada dia..
semoga dia pon sama laaa.. 
and i hope this gonna last long. amin.. insyaallah 


more to come sayang... 
insyallah...


The Things We Need Most

 

 





to kindnes and love
the things we need most








Sunday, March 19, 2023

Spa Day

 


semalam Cik Purple pergi ke Spa..
memang plan nak pergi spa sangat -sangat.
nak berurut.. 
sakit gila dah badan ni.. tak tertanggung rasanya.

lepas mengadu dengan Ms ANgel..  CIk Purple mengadu kat Mr Butterfly pula..
Mr Butterfly  kata " pergi laa..  pergi legakan sikit badan tuu " 
dah dapat greenlight.. memang tak tunggu ape lagi la kan. 

kali nie pergi kat Manjakaki cawangan AEON BIg Wangsa Maju.
dalam 15 minit dari ofis.. 
Ms Angel teman.. sebab kalau kalau Cik Purple tak larat nak drive. 
tapi. dia x berurut pon.. 

dalam 1 jam 30 minit tu.. Cik Purple menyerahkan badan ni utuk ditaruh di tukang urut..
dia memula pegang badan Cik Purple pon dia dah cakap.. 
" you punya urat and badan banyak stress woo" 
hahaha.. xyah cakap.. sendiri pon tahu.
dengan sakitnya hari tu.
dengan lifestyle yang kena pergi kerja drive dalam masa yang lama.. 
well... u can expect those things .. 

si tukang urut ni memang betul dia bagiiii wei semalam. 
tekan sana.. tekan sini..
guna jari.. guna lengan.. guna siku.. 
sakitt yeeee.. sakit gilaaa. 
sesekali ade la terasa badan ni mcm dia bantai mcm cuci baju guna  kayu pencuci tuu..
lagi2 kuat masa dia urut kat area tulang belakang tu.. betul2 rasa badn ni mcm kain baju yang kena cuci kat kayu pencuci tuu.. 
sakittt ~!!!!! 
tapi sakit sakit pon.. lepass dia tekan macam orang gilaa.. ringan rasa badan ni. 

lepas dia dah taruhhh bahagian belakang..
bahagian lain dia light light jeee rasa.. sebab tak sakit sangat..
sampai la kat bahagian kaki kanan..
belah tapak kaki.. ok.. 
naik sikit.. ke betis.. ok..
naik sikit.. ke lutut.. ok..
naik sikit.. ke pehaa... dia tercengang..
mana tak nyeee... pelik dia..
rasa macam ade longkang lepas lutut then kerass..
means peha muscle Cik Purple kerasss.. 

nak tak nak.. memang dia tekan giler gilerr..
yang kita ni nak menangis tahan sakit..
tapi.. tu la ye tuan puan... nak baikk.. kena tahan sikit. 

dia cakap " you kena mari sini lagi ahh.. kasi buat haaa.. baru nanti lama lama dia ade lembut " 
me like.. baikkkkk.. 

and kesannya... tidur malam ku tak lenaa..
periittttttttt ye belakang and kaki.. 
huhuhu.. 
semoga cepat laaa okey badan ni..
amin. 


Cuti Mr Butterfly dah tamat


back to school... 
maksudnya cuti Mr Butterfly pon dah tamat.. 
maksudnyaa.. 
no more surprise visit.. 
and our time date pon selamattttttttt la ke laut. 

tapi x pe laaa..
rezeki kan...
dia si pencari nafkahh.. 
so yeahh.. 

selamat memulakan tugassss. 


Saturday, March 18, 2023

Resipi Sambal Tumis Ikan Bilis

 

Image result for sambal tumis ikan bilis

Sambal Tumis Ikan Bilis



Bahan bahan: 

100 gram/1/2 mangkuk ikan bilis
 1 biji bawang besar - hiris
 1 sudu kecil pes asam jawa
 1 sudu kecil garam kasar
 1/4 keping gula Melaka
2 sudu kecil gula pasir
 Minyak

Bahan kisar:
 6 sudu besar cili kisar
 7 biji bawang merah
 3 ulas bawang putih
 Sedikit belacan - opsyenal


Cara cara:

  1.  Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 
  2.  Tuangkan bahan kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. 
  3.  Masukkan pes asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi. 
  4.  Setelah terbit minyak, masukkan pula bawang besar hiris dan kacau hingga bawang layu. 
  5. Akhir sekali, masukkan gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. 
  6. Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi separuh darinya dimasukkan akhir sekali. 



Friday, March 17, 2023

Pendengar Sang Celoteh

 


alhamdulillah... 
he is there when i eventually need him yesterday.. 
mengurangkan kusut kat kepala... 
meluahkan segala rasa  yang tersimpan kat hati..

bila dah bercerita... hati rasa tenang
rasa lapang.. 
jadi boleh hepiii hepiii dahh. 
hehehehe.. 

tengkiuuuuuu abang sayang.. 
hikss 


Tuesday, March 14, 2023

[Novel] Uniknya Cinta - Sha Ibrahim

 

 

Uniknya Cinta - Sha Ibrahim 

Nur Amani binti Mukhlis - Dia sentiasa berpegang teguh pada prinsip hidup yang diciptakannya sendiri sejak dulu lagi. Tiada CINTA yang akan hadir dalam hatinya selagi tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga tidak dilunaskan dengan sebaiknya. 

Perwatakan Amani yang selamba dan mesra membuatkan dia disenangi ramai lebih-lebih lagi kaum adam. Kala muncul Imran Haniff secara tiba-tiba di dalam hidupnya, prinsip yang dipegang mulai goyah. Hati Amani mula tidak keruan dan dia kian keliru dengan perasaan sendiri. Mampukah dirinya bertahan dengan rayuan dan kata-kata manis serta sikap ambil berat Imran Hanif Hashim itu? 

 Dalam kalutnya Amani, kecomelannya tetap terserlah di mata Imran Haniff membuatkan hati lelaki itu bergetar hebat setiap detik. 

 Imran Hanif bin Hashim- Nur Amani binti Mukhlis mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Lain dari yang lain. Di saat gadis seusianya sibuk mencari CINTA, keutamaan Amani hanya kepada ibu bapa dan keluarga menyebabkan hatinya tertarik dengan gadis itu. Sepanjang dirinya mengenali Amani, dia belajar untuk mencintai dan dicintai dengan cara yang amat berbeza. Mereka bahagia dalam usikan dan benih-benih cinta. Namun siapa sangka, mereka berpisah jua atas kehendak Amani. Imran reda jika itulah kehendak Amani dan dia akan menurut walau kasih dan cintanya yang dianugerahkan oleh Yang Esa dalam hati lelakinya hanya untuk Amani. Kuatkah jodoh antara Imran Hanif Hashim dan Nur Amani Mukhlis?

 “Im…Im…Im…Encik Imran. Saya Am…Im…Am…Im…Am…Im…Am,”
 “IMAM! Perasan tak?”
 “A’ahlah! Comel!”
 “Tahu tak apa!” 
 Uniknya cinta Amani dan Encik Imran, unik juga aturan jodoh mereka.


[Scent] Billei Eilish - Eilish No 2

 


#Scent
( BiLLie EiLish - EiLish No 2 )


  • Eilish No 2 by Billie Eilish is a Woody Floral Musk fragrance for women and men.
  •  This is a new fragrance. 
  • Eilish No 2 was launched in 2022. 
  • The nose behind this fragrance is Steve DeMercado. 
  • Top notes are Apple Blossom and Bergamot;
  •  middle notes are Black Pepper, Papyrus and Poppy; 
  • base notes are Palo Santo, Ebony and Vanilla.


Minta Anak

 


good morning semuaa..
hari ni awal sikit la kot aku bersiaran.. 
nak kongsi keje luar akal aku yang terjadi semalam. 
aku gatal MINTA ANAK kat Mr Butterfly
pening dia tetibaa.. hahahaha


al-kisahnyaaaa.. 
semalam.. balik dari kerja .. Mr Butterfly lebih kurang gituuu juga
(bizi sangat walauponnnnnnn sepatutnya dia cuti sekarang ni) 
pastu petang tu dia dah mengadu yang dia dah start selsema.. 
oh yeahh.. macam biasa... 
dia sakit.. means Rest Day At Home ye cik abang.. 
hahhahahaha.. 

time dah setel dengan mandi, makan semua.. 
its time to chatt.. borak borak sambil tunggu masa tido.. 
Mr Butterfly pon dah makan ubat.. nak cepat sihat katanyaa. 
then.. lalok lalok tu pon sempat juga nak layan gepren comel dia ni.. (hiks.. jgn dengki !!) 

dalam dok borak borak,... 
tetiba idea luar akal aku muncul.. dia macam TING ~!!! 
 
me : abang... jom kita pegi pinjam anak bang.. jom. 
Him : hah?? cakap apa?
me : jom la kita pegi pinjam anak... pinjam jee.. janji
Him : ehhh nak buat apa pinjam anak
me : jenjalan... main.. gi zoo ke?
Him : anak sapa yang sayang nak pinjam
Me : xtaww.. abg xde ke kawan nak bagi pinjam anak kee
Him : mana nak cari anak ni.. sayang ni pelik pelik la.. mana nak cari anak? adushh.. pening pening.. mana ada.. tak ada. 
 (kata beliau sambil tahan pening kepala dan separa nak gelak dengan perangai awek comel dia) 
Him : alaaa.. sayang ni.. pelik pelik aje.. sayang je la pegi cari .. pinjam anak sesapa
Me : mana ada pelik... sayang teringin nak jalan jalan.. pegi zoo ke.. main ke.. fun kottt. lagipon kalau pegi tempat main tu.. klu bawak anak xde la malu sangat.. xde la nampak sangat keterujaan kita tu bang.. heheheh 
Him : mana nak cari anak masalahnyee.. cuba bagi idea sikit mana nak cari (sambil sok sok bunyi idung leaking) 
Me : xtau... anak sedara ke.. anak sepupu ke.. anak jiran ke.. pinjam jee. petang kita pulang la balik bangg,,. 
Him : kalau macam tu baik kita buat je.. gumpal gumpal kepala.. tangan. 
Me : kalau tu lambat la bang.... lambattt lagi.. paling cepat pon nanti kena tunggu 9 bulan... tu pon blom boleh jalan lagi.

dan kemudian beliau lelap...
hope dia mimpi pi cari anakkk.. 
hehehehhehe. 

btw.. random sangat ke akuuu???
tak kannn?? biasa je kannn.. ?? 
hehhee.. naseb mu laaaaaaaa sayang 


Monday, March 13, 2023

💜🦋 Awal Perkenalan 💜🦋

 

Awal Perkenalan 

bismillah.. atas permintaan Mr Butterfly.. 

aku membuka cerita.. 

semoga ini menjadi memori pejalanan cerita kami.. 


awal perkenalan... 

sebelum ada ape-apa.. mesti kena kenal dulu kan.. 

sama la juga dengan kami..

rasanya aku mula kenal sosok dia ni dalam SPace kat twitter..

borak-borak kosong... kongsi idea dan pendapat..

tapi kat space tu tak adalah specific sangat pon..  random topic. 

dari situ aku mula kenal sosok ini.. 

tapi.. nama dia pon nama yang sangat familiar..

ade 2 orang nama sama dalam kolompok temanan tu. 


dari space.. kami saling follow masing masing...

tapi jarang la berborak sakan..

kadang-kadang je dia lalu kat timeline twitter aku.. 

kalau ada yang menarik.. aku reply.. 

takpun aku like ke.. retweet keee.. 

kalau rasa biasa je.. aku biarkan bagaikan angin lalu.


rasanya macam tu je  laa.. kitorang..

sampai laa satu hari tu.. nampak dia up tweet senduu.. 

putus cinta kot diaaa.. 

xtau laa kenapa selepas tu kerap pula tweet dia lalu..

and macam biasa.. 

kalau aku rasa menarik... aku reply.. 

tak pun like atau retweet.. kalau.. aku biarkan sajaa.. 

tak ada personal communication.. 


sebagai seorang yang pernah lalui fasa perihnya hati..

kita kongsi pendapat dan idea.. yang mungkin beri manfaat. 

dari situ kot mata aku perasan dia.. 

tapi.. jujur ehh. tak ada pula rasa lelebih ke cammana.. 

more pada kawan masa tu.. kenalan laaa gitu. 



Be the Change That You Wish To see In The World

 

 





be the change that you wish to see in the world








Sunday, March 12, 2023

Kerana Kata Kata.. Kdg2 Ada Yang Terasa

 


aku ni orangnya jujur..
lagi lagi pada orang yang aku sayang. 
aku buat salah.. kompom aku akan mengakuu.. 

and kali ni ade la salah sikit aku buat..
tadi pergi food fest (food republic @ Lotus Ampang) 
sebab panasss.. aku pon terasa la kering tekak.
so.. beli la air yang sejukk.. tapi tak mo ais.. 
semua ni gara gara batuk..

bila dah balik... kebetulan mesej dengan Mr Butterfly.. 
and kita buat la confession...
dengan pujukan manjaahh.. (dia buat bolayan jeeee) 
bila dah habis cerita.. 
dia balas cenggini 

 ðŸ’œðŸ¦‹ : Lpas tu sakit, minta tolong org lain. Iman kt sini jadi serba salah.. lepas tu mulalah org akan cakap, ada bf tp x amik berat😒
💜🦋: Lepas tu mulalah org akan cakap “ setakat bebel aku pun bole bebel”


bila dapat bende tu dr Mr Butterfly..
aku terdiam... ayat dari Ms Angel..
fahamlah diri.. dia ade terasa dengan Ms Angel. 
dan ade kaitan dengan masa aku kena Asthma Attack 

hmm.. cammana nak buat ni??? 



Greenlight

 hello eberibodii.. 

semalam petang minta izin dengan Mr Butterfly.. 

minta izin untuk tulis coretan tentang memori kami. 

malam tu. bila dh siap..

saja la bagi dia baca.. 


and his reaction... positif..

Mr Butterfly cakap... 

"dah boleh jadi penulis awak ni.. tajuk "KISAH KITA" 

idea.. pepandai fikir.. " 

Me : pasal kita? saya dengan awak ? 

Mr Butterfy : pasal kita laaa.. 

Me: Boleh ke?

Mr Butterfly : boleh.. ada bakat tuu. 

Me : tapi... saya more pada kongsi cerita n memori saya.  berceritaa.. 

Mr Butterfly : dari kisah.. jadilah cerita. 



anyhow.. dh dapat greenlight dah..

semogaaa kita istiqamahhh.. 



Saturday, March 11, 2023

He Overthinkss.. Sorry Sayang

 

pagi ni.. Mr Butterfly buka ruang untuk luah rasa..

and i think it is good and positive in our relationship..

Saya dah buat salah sebab tak ada dengan awak masa sakit. Maaflah, saya tak dapat nak tengok awak kat sana. Sepatutnya sayalah yang lagi amik berat time awak tak sihat. tapi orang lain pulak yang amik berat. tu yang semalam macam kesal je. 

Awak kan tak sihat. Saya kat sini.. tapi orang lain yang lebih risaukan awak. saya bukan tak risau. cuma tahu tahu ak macam mana sekarang, Semalam saya fikirkan awak je.


and this is my answer : 

Buat kekasih hati yang jauhhh dengan jarak tapi sentiasa ada dihati, 

(cewwahhh.... menggedik !!) 

saya terima apa yang terjadii.. saya ikhlasss dengan apa yang ada sekarang ni. 

walaupon kita jauhh.. tapi awak sentiasa ada dengan saya.. 

awak curi masa awak yang sibuk tu untuk saya.  fikirkan tentang saya.. risaukan tentang saya. 

tak apa lahhh.. ini bahagian kita saat ini kan.. 

insyaallah yang lebih baik buat akan datang.. 


saat ini.. begini ujian yang Allah beri buat saya, buat awak dan kawan-kawan saya..

ini peluang dan ruang untuk mereka bantu saya.. berbakti pada saya.. 

mana tahu in -future giliran awak pula curah kasih dan sayang buat saya.. 


kalau pun awak datang jauh-jauh untuk saya..

tak convinience pon.. bukan boleh berlamaa... 

awak sendiri pon baru baik demam.. 

xpe sayang.... saya okeyyy kat sini..

alhamdulillah.. jangan risau.. 


insyaallah.. ada rezekiii.. kita jmpe lagi..

jangan terlalu fikirkan sangat hal ini..

saya sayang awak sangat sangattt.. 



Resipi Ayam Geprek

 


Image result for recipe ayam geprek

Ayam Geprek

Bahan-Bahan
Ayam
Telur 
Tepung Menggoreng (Crispy)
Garam

Bahan Untuk Sambal
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Merah
Cili Api

Cara Membuatnya :
1. Marinate Ayam dengan sedikit garam
2. Celup Ayam kedalam Tepung.. Kemudian ke dalam telur .. seterusnya ke dalam tepung sekali lagi barulah digoreng kedalam kuali (Deep Fried) 

Untuk Sambalnya..
1. Goreng kesemua bahan... 
2. Keluarkan semua bahan dan tumbuk menggunakan batu lesung

Siapppp

Facts Bout Me : Coklat After Ubat

 some facts about me. 
aku memang tak suka makan ubat.
lagi lagi kalau ubat pill. 

bukan apeee... tak reti telan..
macam macam teknik dan trick yang dah cuba buat.. tapi..
degil ye ubat ituuu.. 

telan la air 2 liter sekalipon... ubat tu boleh berenang and nak dissolve dalam mulut..
mauuu x ngamokkk.. tekak, lidah, mulut semua rasa payau and pahit ubat.. 

masukkan ubat dalam coklat?? 
tak jalan jugaaaaaaa... 
tak maunyaa ubat tuuu


so.. what i do??? 

aku cairkan ubat tu dengan airr..
bila dah larutt.. baru telan..
sebab akan ada rasa pahitt..
kita makan coklat after makan ubatt.. 

haaaa... gitu laaa diaaaa.. 
seketul Cik Purple yang tak reti makan ubatt..
hahahah.. jangan marah ye uolsss.. 
memang gini kejadiannyaa..

saya pallete anak anak comey..
comell macam saya.. hikss.. 



 

Friday, March 10, 2023

Hello Kawan Lama

dek kerana Asthma Attack..
then gi klinik for check.. 
dia kembali pertemukan aku dengan kawan laaa..

sebelum ni memang doktor suruh simpan Inhaler Salbutamol..
ye laa.. buat simpanan kalau kalau emergency.
kali ni.. dia berikan kembaliii dengan Inhaler Budenonide. 
hello kawan lama. 


Budesonide ni.. dia kena amik setiap hari..
tanpa stop. until doktor bagi green light..
depends on your condition la kan.. 


tapi.. yang tak bestnye budesonide ni.. dia ade steroid..
so.. basically ade efek kat badan aku ni..
efek KUAT MAKAN
kejap kejap nak makan..
kejap kejap nak mengunyahh.
dan jadilah buntalll macam doremon.. 

kita nak kurusss.. nak sihat..
dapat bendelah ni.. makin "sehat " laaa jawab dia. 
hmmmm.. semoga dia baik dengan aku kali ni..
plissss.. saya nak ngorat abang rama rama tu..
kenaaaa maintain lawaaaaa.. 



 

Kecundang Juga Akhirnya

siapa yang baca last post.. tahu yang aku kena asthma attack semalam. 
sedappp juga kena tiawww dengan Mr Butterfly tuu. 
lamaaaaa agaknya dia pendam..
dari petang sampai dia balik jemaah Isyakk. 
sebagai awek cantik yang baik...
kita diam jeeeeee.. bagi dia lepas marah.. 
pastu.. pujukkk dia sikit sikit.... 

pagi ni dia mesej.. tanya khabar...
risauu agaknye.. awek cantik diaaaaaaa sakit.. 
(terharuuu sangat) 

tujuan pagi ni adalah minta izin nak pergi kerja pagi ni.. 
demam sikit jeeee.. panas panas manjaahh jee..
dada pon xsakit sangat macam malam tadi. 

dann.. jawapan yang dia bagiiii.. 
(dah boleh agak dahhhh sebenarnyaaaa ) 
" awak amik mc x bole ke.. kesihatan ke kerja lagi penting skrg ni"
"kesihatan awk pun penting skrg.. "
"amik mc je hri ni. dengar sy ckap. sy risaulah kalau jdi mcm smlm..."
"nanti awk pergi klinik yg terdekat. dapatkan rawatan tu. xpe bil klinik tu, bagi tahu berapa sy bayarkan"

disebabkan keadaan badan masih lemah..
takut juga nak drive dalam keadaan lemah camni..
call Bear.. tanya dia kat mana.. 
then minta dia tolong bawakkan gi klinik.. dia cakap okey. 
akhirnyaa.. ke klinik la kita.. 


kat klinik.. macam biasalahh..
check itu ini..
kena bebel jugaaaaa.
then dapat MC dan dpat ubat.. 
jumpa balik ubat lama yang dah lama tinggal..

ye laa.. dah lama x kena asthma attack yang terukk. 
so.. cuti 2 hari.. boleh pergi berjimba la kannn???