Wahai Lelaki,
apabila mendekati kami yang perempuan, dekatilah dengan lemah lembut. jangan kau kasari kami, kerana hati kami rapuh, kekuatan kami tidak setanding dengan kekuatan kamu. Belai kami dengan kasih sayang, dengan perhatian. Pandu kami menuju kejayaan, menuju yang Halal di sisi Agama.
Wahai Lelaki,
ketahuilah kamu, andai bila kami sudah mula sukakan kamu, kami akan cuba membahagiakan kamu. Melihat senyumanmu ketika berbicara, melegakan hati kami. Melihat muka kamu saat kamu kesedihan, kami ingin menjadi peneman sedihmu, penghapus airmatamu.
Wahai Lelaki,
apabila sudah kami beri hati kami kepada kamu, jangan kamu sakiti kami dengan kecurangan, dengan penipuan. kami sudi bersusah senang dengan kamu. kami akan menjadi pendamping kamu. kami akan menjadi peminat kamu. kami akan menjadi penyokong utama kamu. to build your dreams together. to make us success in future together.
No comments:
Post a Comment