Kerja kahwin ni memang sangat banyak dan remeh. Kami dah senaraikan dari sebesar-besar sehingga sekecil-kecil perkara, dari anda mula bertunang sehingga balik dari bulan madu. Panduan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian supaya boleh dilaksanakan secara berperingkat, ikut tempoh masa dan time-frame yang sesuai.
Tujuan dipecahkan ialah untuk
- kurangkan stress anda
- boleh buat kerja yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu
- menikmati detik yang indah bersama pasangan anda
12 + bulan sebelum
- Sediakan folder khas untuk simpan dokumen, resit supplier, borang berkaitan kahwin
- Kenalpasti lokasi yang boleh disewa untuk dapat tarikh majlis untuk nikah, majlis belah pihak perempuan dan majlis sambut menantu. Sama ada nak buat di rumah, masjid atau dewan
- Cari inspirasi dan idea untuk tema majlis anda
- Pilih warna tema
- Rancang bajet kahwin, samada duit sendiri, ibubapa, loan bank atau duit hantaran
- Senaraikan bilangan jemputan dan tetamu yang akan hadir
- Cari wedding planner yang boleh bantu
- Tempah dewan – buat bayaran booking Hadiri pameran dan ekspo pengantin untuk bandingkan pakej dari vendor photographer, video, DJ, catering, kanopi dll.
9 - 12 bulan sebelum
- Sebelum Berapa jumlah wang hantaran dan bilangan dulang hantaran dan balasannya
- Dapatkan borang di pejabat agama daerah masing-masing – pihak lelaki dan pihak perempuan
- Tempah tiket penerbangan jika perlu naik kapal terbang untuk dapat harga yang murah
- Pergi food sampling sebelum decide pihak catering
- Tempah dan bayar deposit untuk photographer, videographer, catering, DJ, kanopi dan lain-lain
- Bincang barang / item untuk dulang hantaran
- Tempah homestay atau hotel yang berdekatan untuk rombongan atau ahli keluarga yang jauh
- Senaraikan lokasi berbulan madu
- Buat pemeriksaan ujian HIV dan Talassemia
- Mulakan diet untuk menurunkan berat badan yang ideal
- Tempah tiket kapal terbang untuk bulan madu. Rancang aktiviti bulan madu
- Hadiri kursus kahwin yang berdekatan
- Tempah baju nikah dan majlis perkahwinan
- Beli cincin atau barang kemas untuk nikah dan kahwin
- Renew atau daftar passport anda jika berbulan madu di luar negara Mohon visa jika negara berkenaan perlu
- Semak jika anda ada travel ban sebb tak bayar hutang PTPTN. Sangat penting ni!
- Tempah baju untuk ahli keluarga mengikut tema
- Baca buku berkaitan rumahtangga, hak dan tanggungjawab suami isteri
- Tempah kek untuk hantaran atau untuk majlis
- Tempah kereta sewa untuk pengantin
- Tempah kad jemputan kahwin. Lihat Pakej Kad Kahwin.
- Beli barang hiasan untuk buat dulang hantaran sendiri
- Tempah doorgift untuk diberi pada tetamu VIP dan tetamu biasa
- Cuba fitting baju nikah dan baju majlis. Alter jika perlu
- Pergi ke pusat kecantikan untuk buat facial
- Tempah baju untuk ahli keluarga mengikut warna tema
- Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga
- Mohon cuti dari majikan anda
- Hantar kad jemputan kepada tetamu. Boleh pos atau by-hand jika berjumpa. Buat Facebook Event untuk maklumkan pada kawan-kawan di Facebook Minta kawan anda alamat jika ingin menerima kad jemputan
- Bincang dengan photographer lokasi untuk photoshoot selepas majlis Buat pre-wedding photoshoot
- Tempah bunting dan banner untuk digantung di dewan atau khemah
- Senaraikan lagu yang anda ingin DJ mainkan ketika majlis
- Pastikan semua supplier on-track dengan tempahan anda
- Kenalpasti lokasi dan susun atur meja, pelamin, meja makan beradap, kuih, backdrop di dewan ataupun di kawasan rumah
- Pastikan jurunikah, saksi dan dokumen berkaitan sudah dihantar. Bergantung kepada negeri, ada yang memerlukan salinan IC.
- Untuk pasangan yang beragama Islam, anda boleh memohon Kebenaran Berkahwin secara online di laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM) oleh JAKIM. Negeri yang terlibat ialah:
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Kedah
- Perak
- Wilayah Persekutuan
- Potong rambut supaya nampak kemas
- Atur temujanji dengan untuk rawatan facial
- Confirmkan tarikh dengan jurunikah atau tok kadi
- Follow up dengan supplier barang tempahan anda
1 minggu sebelum
- Selesaikan bayaran deposit kepada supplier yang berkenaan
- Serahkan tugas-tugasan khas kepada kawan dan ahli keluarga yang sudi membantu
- Senaraikan dan kemas barang untuk cuti bulan madu
- Follow up dengan supplier anda. Pastikan barang dah sampai
- Buat group WhatsApp dengan AJK majlis. Pastikan semua jelas dengan tugasan dan flow majlis
- Kenalpasti dan lantik pengapit anda dan pasangan
- Ingatkan tok kadi supaya tak lupa
- Pergi ke kedai percetakan atau kedai printing untuk fotostat dokumen seperti IC sendiri dan IC waris.
2 - 3 hari sebelum
- Sediakan aturcara dan flow majlis samada formal ataupun tidak formal
- Ambil cuti untuk persediaan majlis perkahwinan
- Manjakan diri anda di pusat spa Buat manicure, pedicure dan pakai inai
- Gantung penunjuk arah jalan ke lokasi majlis perkahwinan
hari sebelum
- Bertolak ke lokasi majlis pernikahan jika jauh dan pastikan sampai awal Dapatkan rehat yang cukup – tidur awal
- Rehearsal lafaz nikah sehingga lancar – “Aku terima nikahnya …”
- Gosok/steam iron baju dan gantung supaya tak kedut
- Kenalpasti nombor orang yang boleh dihubungi ketika majlis berlangsung sebab anda tak sempat nak jawab phone
- Kenalpasti siapa yang akan bawa dulang hantaran
- Lantik tukang simpan duit hadiah dari tetamu – ahli keluarga yang boleh dipercayai
- Hantar lokasi majlis dalam group WhatsApp family
- Confirm dengan jurunikah yang akan hadir ke majlis pernikahan. Sediakan dokumen untuk diserahkan kepada jurunikah.
- Bawa cincin pernikahan, kad pengenalan, dokumen berkaitan dan mas kahwin
- Sediakan wang untuk bayar ‘tol’ – adat orang Johor
- Pastikan photographer tahu nak ambil gambar siapa
selepas majlis
- Ucap terima kasih kepada semua ahli keluarga yang datang membantu
- Bayar wang baki untuk supplier yang belum dapat bayaran
- Simpan baju pengantin yang disewa. Pulangkan semula ke butik
- Pergi ke pejabat agama untuk dapatkan kad perkahwinan
No comments:
Post a Comment