Thursday, August 26, 2021

The Closure


Diary, 

hari selasa malam, aku pinta kesempatan untuk aku dan Mr Teddy berbual dari hati ke hati. bercakap tentang perasaan yang mungkin sama sama lama pendam. bercakap tentang perhubungan. aku minta dia berterus terang, tapi mengenali dia.. banyak juga yang dia x ucapkan. 

daripada cerita dia, aku dapati dia "culture shock" ... bila duduk bebas dari family.. dapat pula ramai yang suka, ramai yang sanjung.. dia mula leka dengan permainan duniawi. bukan sahaja curang dengan "kekasih agungnya"... yang konon cinta paling terdalam dia.  bersama dengan aku.. juga melukai dan curangi aku. 

for his side.. he said that, he lost his privacy when he is with me. nak kemana.. aku tanya, aku soal.. aku baca fon dia.. 

for my side.. kerana sayang aku menjaga dia semampu baiknya aku. tak mahu dia hanyut dalam mainan nafsu perasaan.  kalau berkenaan dengan fon, Allah gerakkan hati aku... tahu kebenaran yang dia sorokkan.. 

benar, mungkin dari segi pemikiran kami tak sekufu tentang ini. cara dia melihat sesuatu dengan aku melihat sesuatu tidak sama. mungkin kerana perasaan kami yang mungkin tidak mutual. aku seorang yang cuba mempertahankan hubungan... 

entahlah... aku... kecewa... aku serahkan pada takdir Allah. jika Allah masih beri kesempatan untuk jodohkan dia dengan aku sebagai suami isteri, aku harap masa itu.. kami sama sama sedia untuk berubah jadi lebih baik. 

No comments:

Post a Comment