Saturday, June 18, 2022

Resipi Bubur Jagung

 

Bubur Jagung

Bahan-Bahan: 
  • 2 batang jagung, hiris isinya
  •  1/4 -1/2 cawan gula pasir
  •  1 keping gula melaka 
  • 1 sudu kecil garam 
  • 2 cawan santan pekat 
  • 1 cawan santan cair 
  • 3 sudu besar biji sagu 
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul 

Cara Penyediaan: 
  1. Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. 
  2. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda. Jika rasa kurang manis boleh tambah lagi sedikit gula.

 Tips: Bubur haruslah kerap dikacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih supaya kuah tidak berketul dan pecah minyak.


No comments:

Post a Comment