Saturday, June 18, 2022

Resipi Udang Kham Heong

 

 

Udang Kham Heong

Bahan-bahan Kam Heong 
  •  300g udang 
  • 2 sudu serbuk kari 
  • 1 sudu serbuk cili 
  • 2 sudu sos tomato 
  •  2 sudu sos cili 
  • 2 sudu sos tiram 
  • 2 sudu cili giling 
  • 2 tangkai daun kari 
  • 2 inci halia 
  • 1 biji bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih
  •  1 biji cili merah 
  • 7 helai daun kucai 
  • Sedikit minyak masak 
  • Sedikit air (jika perlu)

Cara-cara memasak Kam Heong Prawn 
  1.  Bersihkan udang. 
  2.  Cincang halia, bawang besar, bawang putih dan cili merah. Boleh disatukan dalam satu bekas. 
  3.  Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan yang telah dicincang sehingga layu.
  4.  Masukkan cili giling dan tumis sehingga naik/ pecah minyak. 
  5.  Masukkan daun kari. Masukkan kesemua sos... sos cili, sos tiram dan sos tomato. 
  6.  Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Kalau nak lagi sedap, campur pelbagai serbuk kari yang ada. 
  7.  Masukkan udang dan kacau rata. Jika terlalu kering dan udang lambat masak (semua jadi warna kemerahan), tuang sedikit air. 
  8.  Masukkan daun kucai yang telah di potong-potong lebih kurang 2 inci.
  9.  Masak sehingga kuah pekat dan tutup api. Hidangkan.


No comments:

Post a Comment