Sunday, June 26, 2022

Mee Udang Pakar, Paroi

 

Mee Udang Pakar
 

Bagi anda yang mencari menu makanan yang lebih santai & tidak terlalu berempah atau pedas, apa kata mencuba Mee Udang di sini. Destinasi ini sangat popular dengan menu mee udangnya yang sangat menarik untuk dimakan ketika waktu lapar mungkin setelah mandi manda air terjun berdekatan di Air Terjun Ulu Bendul. 

 Makan makanan bersup yang panas-anas & sedap sebegini selepas mandi di air terjun, semestinya membuatkan anda puas hati sebelum balik hotel untuk berehat. Menu mee udang di sini disediakan mengikut saiz & portion yang anda mahu. Sekiranya anda suka makan udang yang banyak, boleh order mee udang double atau mee udang triple, pasti puas hati.


Pasar Komuniti & Caravan (Pakar) Km 12, Jalan Seremban Kuala Pilah, Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
11.30 am – 10.00 pm ( Selasa – Khamis)
 11.30 am – 11.00 pm ( Jumaat-Ahad) 
Isnin, tutup


No comments:

Post a Comment