Bayu Village |
Satu tempat makan malam di Seremban yang sangat luas & sangat cantik serta sesuai untuk pelancong datang dalam kumpulan yang besar walaupun dengan 5 buah bas ekspres. Konsep destinasi makan ala perkampungan ini menyajikan pelbagai menu makanan yang akan dimasak panas-panas samaada untuk makan petang atau makan malam.
Terdapat pelbagai pilihan makanan laut yang segar seperti ketam, ikan siakap, udang galah & sebagainya di ruangan khas untuk anda pilih sebelum diserahkan kepada tukang masak untuk disiapkan mengikut masakan pilihan anda. Pilihan masakan di sini juga sangat banyak seperti stim lemon, stim halia, masak nyonya, sambal cili api, somseng & macam-macam lagi.
Sekiranya anda mencari destinasi yang menyediakan makanan laut atau seafood yang sedap di Seremban, Restoran Bayu Village adalah salah satu destinasi yang disyorkan.
23385, Jalan Paroi – Senawang, Taman Kiambang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
5.00 pm – 1.00 am
No comments:
Post a Comment