Restoran D'Pantai |
Satu destinasi makan malam yang sangat sesuai untuk anda datang bersama keluarga mahupun yang tersayang. Restoran ini memang sangat luas & cantik dengan suasana terbuka yang semestinya membangkitkan rasa untuk makan malam.
Restoran D’Pantai terkenal dengan beberapa menu utama yang sering menjadi buruan pengunjung setianya seperti kambing bakar, kambing golek, talapia bakar & banyak lagi.
Uniknya, kambing bakar di sini dihidangkan bukan sahaja dengan sos blackpaper yang biasa kita jumpa, tetapi terdapat juga air asam istimewa yang sangat sesuai dengan citarasa orang Melayu.
Sekiranya anda peminat tegar daging kambing, destinasi ini sangat disyorkan untuk anda menikmati daging kambing bakar yang dipanggang dengan sempurna. Suasana kedai pun cantik, luas & makan pun sedap.
Lot 1, Batu 6, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Ahad – Khamis ( 4.30 pm – 11.30 pm)
Jumaat-Sabtu ( 4.30 pm – 12.30 am)
No comments:
Post a Comment