Saturday, June 11, 2022

Resipi Agar Agar Santan

 

 

Agar Agar Santan

Bahan – bahan: 
  • 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 cawan santan cair 
  • 1 biji telur 
  • 3 1/2 cawan air 
  • 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
  •  1/2 sudu kecil garam 
  • 2-3 helai daun pandan 
  • Beberapa titik pewarna hijau 
  • Beberapa titik perasa pandan

 Cara – cara memasak: 
  1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. 
  2. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.
  3.  Pukul sedikit telur bersama santan. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit. 
  4. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan


No comments:

Post a Comment