City Park Oriental |
Rata-rata makanan popular orang ‘Nismilan’ rasanya pedas bukan? Kalau anda tidak makan pedas, Restoran City Park Oriental adalah destinasi yang mesti anda datang. Destinasi ini terkenal dengan Chinese Cuisine & apa yang penting restoran ini halal.
Terdapat pelbagai menu makanan & masakan seafood yang menarik untuk anda cuba seperti butter prawn, ikan masak asam nyonya, salted egg crab & sebagainya. Terdapat juga aneka pilihan Dim Sum yang pasti sesuai untuk selera orang yang tidak makan pedas.
Kedai ini terletak berdekatan dengan Masjid Hussain Seremban 2 & sangat strategik untuk diakses dari bandar. Ruangan makan kedai ini tidaklah terlalu besar & sesuai untuk anda datang bersama keluarga dalam jumlah yang kecil.
Namun pada waktu puncak, ramai yang datang ke sini & mungkin perlu menunggu lama. Untuk makan malam, sebaiknya datang awal sebelum pukul 7.30 malam atau buat tempahan awal supaya tidak menunggu lama, terutamanya pada musim cuti & hujung minggu.
111, 102, Jalan S2 D32, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Khamis-Selasa
11.30 am – 2.00 pm & 5.30 pm – 11.00 pm
Rabu tutup
No comments:
Post a Comment