Saturday, June 4, 2022

Resipi Pancake

 

 

Pancake 

BAHAN-BAHAN 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 sdt baking powder 
  • Secubit garam 
  • 2 sdb gula halus / kastor 
  • 3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
  •  1 biji telur gred A, dikocok 
  • 2 sdb butter, dicairkan 
  • 1 sdt esen vanila
  •  Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper. *(Tapi saya tak guna sebab dah pakai non-stick pan) 

CARA-CARA 
  1. Asingkan Bahan Kering & Basah Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan. Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata. 
  2. Campurkan Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kemudia gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa. 
  3. Rehatkan Adunan Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit. 
  4. Masak Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa. Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan. Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.


No comments:

Post a Comment